Tuesday, June 19, 2012

Jawatan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri


Pertukaran Nama Jawatan Pesuruhjaya Pengakap Negeri di Semenanjung Malaysia kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

Pada 28 Mac 2010 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia.

Berikut adalah maklumat yang diperolehi dari majlis berprestij tersebut. Semua perkara tersebut berkuatkuasa SERTA MERTA.


Pindaan Policy, Organisation and Rules (POR) atau Dasar Pertubuhan Persatuan
Beberapa pindaan telah dilakukan dan di antaranya;

1. Pertukaran jawatan Pesuruhjaya Pengakap Negeri kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Bertujuan bagi menyeragamkan jawatan tersebut dengan negeri Sabah dan Sarawak.

2. Pertukaran nama jawatan ini turut melibatkan perubahan pada bilangan lengkar di epolet. Lengkar ditambah satu daripada sebelumnya - 3 lengkar menjadi 4 lengkar.

3. Perubahan ini hanya melibatkan jawatan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Bagi Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri, bilangan lengkar pada epolet masih sama.

No comments: